Alhamdulillah..akhirnya tiba juga hari ini.. Disebabkan itu jugalah blog ini diupdate. Pukul 5 nanti akan jemput hubby dekat office dia sebab dari KLIA disediakan bas yang akan bawa group yang balik dari sana. Haziq & Haqimi telah diberitahu tentang kepulangan abah dia. Sampai kan kadang-kadang tu Haziq akan cakap 'abah balik..yea..yea', Haqimi je yang tak faham lagi. Mungkin mula-mula Haqimi akan cuba nak mengingati siapa.
Haziq sekarang ni susah nak dibawa keluar, so kalau pergi mana-mana dapat bawa Haqimi je. Haziq takut nak keluar sebab trauma kot bila mercun meletup depan dia. Masa tu kami menghala ke kereta untuk pulang ke rumah kami. Kebetulan ada budak-budak tengah bermain mercun. Sebelum ni pun memang Haziq dah takut dah sebab jiran-jiran kat rumah nenek berbilang bangsa, pada musim perayaan pulak tu, so faham-faham je lah kan...
Ada sekali tu cuba juga paksa Haziq keluar, sepanjang jalan nak ke kereta kami cuba cakap dah tak de mercun tu. Kepala Haziq melilau mencari kalau-kalau ada mercun sambil cakap 'takut..takut'. Masuk dalam kereta terus dia ok. Jadi, hari ni nak bawa keluar lagi sebab nak jemput abah Haziq & Haqimi. Terpaksa juga guna cara yang sama iaitu 'paksaan'. Mungkin lepas abah dah balik nanti Haziq jadi ok kot, sebab kami akan balik semula ke rumah kami. Mungkin lama-lama Haziq akan lupa. Kelebihannya bila Haziq tak nak pergi mana-mana ialah kami nak pergi mana-mana pun senang tak kiralah nenek ke, atau aku sendiri. Setiap kali di ajak Haziq akan cakap 'tak nak ikut'..hmmm..:)
Haqimi pulak dah pandai buat macam-macam, berebut mainan dengan abang dia pun pandai. Kalau sebelum ni apa yang Haqimi main Haziq akan ambil, tapi kali ni Haqimi akan cuba lari setiap kali Haziq datang atau cuba tarik kalau Haziq dah pegang barang yang Haqimi nak main. Setiap kali kalau berebut tu aku akan cuba jadi orang tengah (walaupun kadang-kadang tu tak menjadi). Tak tahu tindakan tu betul atau tak, aku ambil barang tu lepas tu dua-dua tak dapat main. Cuba juga ajar Haziq atau Haqimi untuk beralah. Haziq dah faham kalau orang tak suka, cuma reaksi yang perlu dia bagi balik tu dia macam keliru sikit. Yang Haziq tahu kalau dia marah, dia akan mengamuk. Haqimi pulak apa lagi, menangis lah..
Dua-dua pun kecik lagi. Tapi orang cakap kena ajar dari sekarang atau 'melentur buluh biar dari rebungnya' sebab supaya dah besar nanti anak-anak akan faham apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Aku berusaha buat yang terbaik. Selalu kena banyak belajar dari pengalaman orang atau pun membaca artikel yang berkaitan. Anak-anak perlu tahu yang mereka saling memerlukan & menghormati antara satu sama lain. Masa berlalu..dan tanpa kita sedar anak-anak ini akan membesar. Semoga anak-anak mama diberkati dan dirahmati olehNya..Amin..
Queen Elizabeth Park Family Photos
5 days ago





No comments:
Post a Comment