Thursday, November 5, 2009

Menyambut kepulangannya..

"Mana handphone ni..", Hubby bertanya. Pagi lagi rasanya, agaknya risau kalau-kalau tak terjaga pagi ni sebab hari ini ada acara penyerahan sijil & medal bagi pegawai-pegawai yang pulang dari Timor Leste tempoh hari. Selalunya aku yang bangun dulu bila terdengarkan bunyi alarm handphone. Majlis bermula jam 9.30 pagi, tetapi disebabkan ada sesi rehearsal pagi ni terpaksalah juga pergi awal. Jam menunjukkan sudah pukul 5.30 pagi.

Hantar anak-anak dulu ke rumah emak sebelum ke briged tempat kerja hubby yang terletak di Cheras juga. Tak jauh sebenarnya dari rumah kami. Cuma perjalanan nak ke rumah emak mengambil masa sedikit. Sampai di briged ramai yang telah berkumpul. "Ayang (panggilan hubby untuk aku) pergi breakfast dululah. Takut lambat selesai nanti kena tunggu pula sampai pukul 12", kata hubby. Nak ke mana breakfast? Tempat yang jarang-jarang dikunjungi, nak pergi breakfast pun segan.. Sesi rehearsal pun bermula tak lama selepas kami sampai. Malu juga pada mulanya sebab tak kelihatan pun ahli keluarga pegawai serta anggota yang lain. Mereka tak sampai lagi. Kiranya aku adalah ahli keluarga yang pertama sampai.

Selesai sesi rehearsal kami pergi minum pagi. Sekembali dari itu hubby berkumpul semula. Lebih kurang 9.30 pagi majlis pun bermula. Selepas sesi ucapan alu-aluan, nyanyian lagu Negara Ku, sesi penyerahan medal pun bermula. Rasa ralat sangat sebab tak dapat tengok secara lebih dekat. Dalam banyak-banyak acara tu ada satu acara yang buat hati ini tersentuh sangat-sangat. Masa itu ada acara pembacaan pantun. Tersentuh hati bila teringatkan saat hubby nak pergi 6 bulan yang lepas. Sayu dan gembira bila sekembalinya hubby ke Malaysia. Sebak terasa..

"Jadi isteri polis buatkan kita jadi tabah!", jelas kakak yang duduk disebelah aku. Benar..aku benar-benar jadi tabah. Dengan izin Allah swt. Kekuatan diberikan olehNya walaupun pelbagai masalah menimpa disepanjang ketiadaan hubby. Menyambut kehadiran Ramadhan, Syawal, semasa sakit tanpa dia disisi buatkan aku semakin hari semakin tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Dan semua cabaran itu membuatkan aku semakin hampir denganNya dan menginsafi diri. Ia juga membuatkan kami semakin menghargai diantara satu sama lain..

Acara selesai dalam jam 12 tengahari. Disediakan pula kepada para jemputan dan pegawai dengan jamuan makan tengahari diselang selikan dengan sesi mengambil gambar oleh ahli keluarga yang hadir untuk diabdikan buat kenang-kenangan di kemudian hari.

"I'm so proud of you ayang!", itu yang mampu ku ucapkan. Terima kasih di atas segala kesabaran dan pengorbanan mu selama ini.








No comments: