Haziq tidak berapa sihat kerana diserang selesema pada 2 hari yang lepas. Hari ini kesihatannya Alhamdulillah baik. Malam pun dapat tidur dengan lena. Cuma mama kadang-kadang tak larat dah nak dokong Haziq bila Haziq minta di dokong. Sebelum ni setiap kali Haziq meminta susu pasti mama kena buat susu sambil mendokong Haziq. Sekarang ni dah kurang sedikit permintaan nak dokong ni sebab kalau botol susu dah kosong cepat-cepat mama isikan terlebih dahulu sebelum diminta.
Haziq juga suka sangat tengok kartun Upin & Ipin. Hampir dihafal keseluruhan dialog cerita. Berjumpa dengan orang pun Haziq berkata..'Hai saya upin', memberi salam apabila memasuki rumah, dan boleh membaca bismillah sebelum makan hmm... Mama berikan sahaja kebebasan Haziq menonton kartun bersiri Upin & Ipin kerana cerita itu agak tidak keterlaluan dan ada unsur-unsur nasihat.
Mama belum merancang untuk memasukkan Haziq ke tadika pada usia ini. Belum lagi mungkin. Mungkin juga mama akan masukkan Haziq ke tadika ketika Haziq berusia 4 atau 5 tahun. Cuma sekarang ini hanya memerhati tadika mana yang bersesuaian.
Hati berasa takut-takut untuk melepaskan Haziq ke tadika. Haziq belum pernah bercampur dengan kanak-kanak yang lain dalam kuantiti yang ramai. Sekarang ini Haziq hanya pernah bermain dengan sepupu-sepupunya dan adiknya sahaja. Entahlah bagaimana nanti.





No comments:
Post a Comment