Lagi 2 minggu hubby akan kembali bersama-sama kami. Ingat banyak benda nak buat sebelum hubby balik ni. Nak kemas bilik yang bersepah dengan baju, nak basuh sarung bantal, cadar dan nak hantar comforter kat laundry. Sekarang ni malas nak buat segalanya. Balik tengok rumah pun sekadar balik tengok, tak kemas tak apa. Kereta pun dan 2 minggu tak dicuci. Sebab itulah blog ini pun senyap tak ber'update'.
Bulan yang lepas kami sekeluarga tidak sihat. Haqimi pun baru pulih dari jangkitan selesema yang berpanjangan. Haziq pun selesema juga. Mama pula batuk tak baik-baik. Musim panas menyebabkan Haziq dan Haqimi dijangkiti dengan penyakit kulit. Semacam 'nappy rashes', tapi nampak teruk. Kebetulan Haziq dan Haqimi minum air vitagen secara berlebihan. Pelbagai andaian, pergi ke klinik pun hanya dibekalkan dengan krim untuk mengurangkan kegatalan serta melembabkan kulit yang merah dan mengerutu dengan ruam tersebut.
Nenek kedua Ammar membuat ikhtiar dengan menyapukan tepung ubi di badan keduanya. Berpantang dengan tidak mengambil sebarang makanan berasaskan susu terutama sekali vitagen dan akhirnya dengan izin Allah nampak semakin berkurangan juga. Alhamdulillah..
Queen Elizabeth Park Family Photos
5 days ago





No comments:
Post a Comment