Monday, May 3, 2010

Haqimi demam..

2 hari yang lepas Haqimi demam sehingga mencecah 39 degree celsius. Pagi sabtu hari tu nampak ok je. Haqimi mama bangunkan awal sebab batuk semasa tidur. Bangun mandikan kemudian tidur semula. Sedar dari tidur tu terasa badan Haqimi panas sangat. Kami buat keputusan untuk bawa ke klinik yang biasa kami pergi. Sampai je, klinik tutup hari tu disebabkan cuti hari pekerja 1 Mei. Pusing-pusing nasib baik ada juga klinik yang dibuka.

Doktor bagi ubat punggung sebab panas sangat. Haqimi nampak tak bermaya. Baring je di pangkuan mama. Kesian sangat-sangat. Lepas bagi ubat nampak kurang sikit tapi demam masih tak kebah-kebah. Semalaman dalam 2 hari ni berjaga untuk lap badan Haqimi. Tidur Haqimi pun beralaskan kain basah. Takut kalau-kalau demam panas naik mendadak. Setiap kali diberikan ubat Haqimi hampir nak termuntah. Tapi nasib baik Haqimi bukan mudah nak muntah. Adalah 3 kali Haqimi muntah setelah diberikan ubat.

Hari kedua kami bawa Haqimi ke klinik pakar kanak-kanak. Risau sebab panas yang sekejap turun sekejap naik dan penyakit yang macam-macam sekarang ni. Tekak Haqimi merah, ada batuk dan kahak. Doktor nasihat untuk diberikan gas. Haqimi menangis bila lama sangat mulutnya ditutup untuk diberikan gas tu. Balik dari klinik kami berikan antibiotik. Alhamdulillah petang Ahad Haqimi boleh bermain macam biasa, tapi malam tu panasnya naik balik. Bagi ubat demam dalam jam 11 malam, lap dengan kain basah, pagi ni Alhamdulillah nampak baik semula. Entahlah hari ni macamana. Haqimi susah nak makan ubat. Mama pula terpaksa kerja sebab tak boleh bercuti sehingga 9 hb ni. Haziq nampak pula tanda-tanda nak demam juga. Kesiannya anak mama..

No comments: