Monday, June 7, 2010

Haqimi oh Haqimi..

Jumaat malam Sabtu yang lepas, luruh rasa hati mama melihat darah anak mama yang keluar dengan banyaknya selepas jatuh di tandas..:( Haqimi bukan berlari pun, cuma ketika hendak melangkah masuk Haqimi tergelincir dan jatuh terkena bucu pintu bilik air. Mungkin sebab sabun di lantai tak berapa bersih..:(

Melihat akan darah yang banyak, mama cepat-cepat tekap dengan kain supaya darah berhenti keluar. Haqimi menangis sakit. Sampai di klinik, doktor tak berani nak jahit. Mama cuma harapkan yang rawatan yang terbaik saja. Doktor cadangkan bawa ke hospital sebab Haqimi kecil lagi. Akhirnya kami ke Kajang Plaza Medical Center.

Disana doktor cakap kalau tak jahit takut terbuka. Tapi untuk jahit pun ada risiko sebab takut nanti Haqimi meronta. Doktor berikan pilihan untuk digam dahulu. Kalau terbuka gamnya baru dijahit esoknya. Abah kalau boleh tak nak luka Haqimi dijahit sebab parut dari jahitan itu akan lebih kelihatan nanti...

Semalam pergi sekali lagi untuk cuci luka jahitan. Luka nampak sembuh dan tiada apa-apa radang. Alhamdulillah..tengoklah luka kesan jatuh tu. Harap-harap tak tinggalkan parut sangat. Janganlah jadi lagi macam ni.

DSC_0396_

DSC_0395_

1 comment:

hah said...

alahai ciannya. Nampak dah cantik tempat luka tu..