Tuesday, January 12, 2010

How to handle tantrums in toodlers..

Pertama kali Haziq mengamuk adalah semasa menghantar mak ke rumah kakak ipar. Waktu itu kami tidak bercadang untuk singgah di rumah kakak walaupun Haziq telah beria-ia hendak turun dari kereta. Disebabkan kekangan masa untuk menguruskan beberapa perkara sebelum hubby berangkat semula ke Timor Leste, kami meninggalkan kediaman kakak dalam keadaan Haziq yang sudah mulai menangis.. Mungkin keadaan Haziq pada masa itu adalah waktu tidurnya dan mungkin juga Haziq sudah keletihan, Haziq mengamuk dan menangis sesungguh-sungguhnya di mana keadaan tersebut belum pernah kami sebagai ibu bapa mengalaminya.

Setelah beberapa siri mengamuk dan menangis semenjak hari itu, saya mulai tercari-cari cara untuk menangani perkara tersebut. Dengan kemudahan internet yang ada pada masa kini, memudahkan pencarian saya. Salah satu artikel yang saya jumpa di internet adalah dari laman web AskDrSears.com. 3 perkara yang paling mudah, perlu dilakukan dan telah saya praktikan sehingga ke hari ini adalah :

* Don't take it personally
* Verbalize
* Holding therapy

'Haziq marah ye, Haziq marah mama tak bagi....' Saya memulakan bicara apabila Haziq menunjukkan reaksi marah dan menangis sesungguhnya itu. Kemudian saya memeluk erat Haziq supaya Haziq merasai yang saya memahami perasaannya pada waktu itu. Sebelum itu apa saja yang ditanya tidak akan dijawabnya, 'Haziq nak....' dalam sedunya Haziq berkata dan memperlahankan tangisnya.

Alhamdulillah..saya mulai memahami, saya sebagai ibu yang memikul amanah Allah di muka bumi yang sementara ini, ilmu dan kefahaman adalah sesuatu yang sentiasa perlu dibina dan ditingkatkan, agar amanah ini dinilai suatu amal yang soleh di sisi Allah.

Haziq

Sumber rujukan : http://www.askdrsears.com/html/6/t063300.asp

No comments: