Akhirnya terjawab sudah kenapa letih sangat akhir-akhir ni. Angin terlebih rupanya. Jumaat lepas pergi jumpa doktor sebab diarrhea, dapat ubat angin dan gastrik. Hari ini Alhamdulillah badan pun tak letih-letih sangat macam minggu yang lepas. Perut pun rasa dah tak cramp sebab angin. Lega sangat-sangat. Semalam makan bubur dan telur dadar goreng halia macam masakan masa pantang rasa sedap sangat-sangat dah. Semuanya bermula dengan makan tembikai susu. Tak tahan agaknya perut sebab badan memang dah banyak angin dah.
Hari ini juga kami sambut hari lahir Haziq & Haqimi serentak di rumah nenek. Hari ini tiada posting bergambar so esok je lah ye. Hari ini juga kami ada pergi ke satu kenduri perkahwinan . Sedapnya dapat makan nasi minyak. Dah lama sebenarnya tak dapat makan n. Biasa pergi kenduri dapat makan samaada nasi tomato, nasi hujan panas atau nasi minyak juga tapi tak sesedap nasi hari ini. Bau dan rasa semua cukup. Sambil menaip ini pun terliur-liur lagi mengingatkan nasi minyak tu.
Queen Elizabeth Park Family Photos
5 days ago





No comments:
Post a Comment