Sekembali kami dari rumah nenek, mama dan abah dah janji Haziq boleh mandi kolam sebab Haziq mengamuk tak nak balik rumah (nak duduk rumah nenek). Sampai pun dah dekat jam 6.30 petang. Seperti yang dijanjikan abah pun mula mengisi kolam air di belakang rumah.. Bukan besar sangat pun kolamnya, kira bolehlah untuk kedua si kecil tu main. Hampir 1/2 jam juga, sebab dah pukul 7. Hari pun dah senja, takut kena gigit nyamuk pula nanti. Beli kolam ini pun untuk memenuhi aktiviti hujung minggu secara percuma, main macam ini pun kedua Ammar dah seronok sangat (cuma nak kena tanggung kos air sikit je..hihi)



Belakang rumah ni ada sedikit ruang tanah pada asalnya. Hari tu abah buat keputusan untuk semen separuh tanah belakang rumah ini untuk dijadikan ruangan dapur basah. Bolehlah membasuh dan menyidai kain di ruangan ini. Tapi disebabkan mama masih selesa mencuci baju dan menyidai baju di dalam rumah, mesin basuh masih belum dipindahkan lagi ke ruangan ini. Ruangan ini pun tak sepenuhnya siap di cat. Jadi nampaklah serabut sikit bab dinding.
No comments:
Post a Comment