Tuesday, December 8, 2009

Ammar dan Irfan

Disebabkan tiada aktiviti yang perlu dilakukan pada petang AidilAdha hari tu, kami ambil kesempatan yang ada untuk bersama-sama dengan anak-anak di halaman rumah Tok Haziq dan Haqimi. Petang tu cuaca sangat baik, tidak seperti pada hari kami tiba di kampung apabila hujan turun dengan lebatnya. Berkongsi keseronokkan anak-anak apabila dapat bermain bersama sepupu-sepupu mereka setiap kali pulang ke kampung.


Irfan ni adalah sepupu Haziq dan Haqimi. Irfan umurnya dah empat tahun lebih. Walaupun begitu keduanya sudah dapat bermain bersama. Haziq tak pandai berkongsi mainan dengan abang Irfan lagi pada usia begini. Bagi Haziq mainan Haziq adalah Haziq yang punya. Tapi abang Irfan baik hati sebab selalu juga berkongsi mainan dengan Haziq.

Suka pada gambar ini. Umpama Irfan sedang bermain gitar dan Haziq jadi vokalisnya..





Irfan


"Ini daun..", sebut Haziq. Haziq bersungguh-sungguh memetik daun pada dahan pokok. Dengan daun ni pun Haziq nak berebut.

Haziq




Antara barang yang kami beli semasa berada di Langkawi adalah gitar ni. Masa tu kami berada di Oriental Village. Dalam banyak-banyak mainan, Haziq tunjuk yang ini. Dan Haziq kenal yang gitar ini adalah gitar..


Bila pulang ke kampung kadang-kadang tu habis merah-merah muka, tangan dan kaki merah-merah. Tak pasti di hurung nyamuk atau apa. Muka Haqimi mama tampal dengan kapur sebab orang tua-tua cakap kapur tu boleh kurangkan lebam merah-merah tu. Jadi mama cuba je mana tau ok.. Lepas letak kapur tu taklah merah sangat.



Haqimi

No comments: