Wednesday, December 23, 2009

Kami sebagai ibubapa..

Semalam ada terbaca artikel bertajuk 'Tolong Fikirkan Wahai Ibubapa' dari Ustaz Zaharuddin. Artikel yang sangat baik sebagai rujukan dan peringatan buat semua ibu bapa termasuk aku dalam mendidik anak-anak.

Selalunya kita akan mencontohi cara kedua orang tua kita dalam mendidik anak-anak. Cuma bila banyak merujuk dan membaca ada perkara yang boleh diperbaiki lagi. Mendidik anak-anak di zaman ini bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka mudah terdedah dengan banyak perkara yang boleh merosakkan diri mereka. Terlalu mengongkong pun tak boleh juga. Kesedaran timbul dihati untuk memperbaiki lagi diri..

"Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?".

Selalunya bila pulang dari kerja banyak masa dihabiskan dengan mengemas dapur dan baju yang perlu dibasuh dan dilipat supaya tak bertimbun nanti pada hujung minggu. Pagi-pagi dah hantar anak-anak ke rumah nenek, petang baru dijemput (kadang-kadang sampai ke malam). Dapat bermain sekejap aje dengan keduanya. Bilalah masa itu diperuntukkan khas untuk anak-anak, mereka amat memerlukan perhatian dari kita sebagai ibu bapa.

"Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja."

Sekarang ni akan cuba untuk meletakkan anak no 1 dari kerja yang perlu dibuat. Curi-curi juga masa yang terluang untuk selesaikan kerja harian itu supaya tak bertimbun. Penatnya rasa jadi ibu dan wanita yang bekerja dalam satu masa.. Kesian anak-anak sebab tak dapat tumpuan dan didikan sepenuhnya dari aku.

Harap kedua Ammar faham. Mendoakan mereka menjadi anak-anak yang soleh..

DSC_0759_

Sumber rujukan : http://www.zaharuddin.net/content/view/897/72/

No comments: